Wanita acuan Al-Quran ialah seorang wanita tang beriman,
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah s.w.t,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya(kongsi ilmu),
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya(sedekah),
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jemalang...
Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang menghormati ibubapa nya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal memelihara keharmonian rumah tangga,
Yang akan mendidik anak-anak dan membantu suami mendalami agama islam,
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia adalah rumah sementara menunggu akhirat...
Wanita acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana kuat membaca,
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Yang tidurnya lena dengan cahaya iman,
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan(bangun awal),
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...
Wanita acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati(mati itu pasti),
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga,
Meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian bersama lelaki...
Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yang tidak mudah terpesona,
Dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga,
Disitulah rumah impiannya,
Bersama lelaki acuan Al-Quran ganjaran ALLAH s.w.t...
~~INSYAALLAH...AMIN~~
Saturday, 1 October 2011
~~wanita acuan Al-Quran~~
Posted by anyssyamimi at 08:17
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment