"tak kan bercinta pun tak boleh?"..."kalau tak bercinta,macm mana nak kenal bakal pasangan??...
itu antara sebahagian keluhan yang sering kali kita dengar,tak kira la sama ade awal remaja mahupn pada peringkat dewasa.Semua manusia inginkan cinta,tapi cuba kite fikirkan balik adakah kite berhak untuk bercinta dan dicintai???apakah cinta kite selama ini bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah???
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"aku meninggalkan kamu 2 perkara,tidak akan sesat selama-lamanya,sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya."(Riwayat Malik)
dimana harus dicari panduan-panduan praktikal sesama manusia yang akan dapat memancing cinta Allah sekali gus? jawapannya ade didalam 2 sumber yang begitu agung yang ditinggalkan oleh Bagida.Belek-beleklah Al-Quran dan sunnah,alam remaja mu akan lebih indah dan terarah.Naluri ingin bercinta dan dicintai akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta Yang Agung.Kuasa cinta agung ini akan membina kegagahan dalam setiap derap langkah kakimu dalam menuju cinta Yang Hakiki, kegagahan akan tercipta tatkala dirim berasa dinaungi cinta Yang Maha Agung.Itulah kehebatan cinta Allah...
"ketika cinta berkuasa,diri menjadi bingung,gundah-gulana,resah mila melanda banyak urusan tergendala,ape saje yang dibuat serba tak kena.Merebak rase malas,membarah rase segan jika orang tahu tindakkan yang pernah dilakukan,maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran ,hati menjuih tatkala mendengar kebenaran...
aduhai hati,takutlah pada syirik cinta! jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tak sanggup memiliki hati yang mati...
jika sekarang ini diri kite sedang sibuk bergelumang dengan pelajaran,belum bersedia untuk berumah tangga,sedangkan mempersiapkan diri untuk mengharungi mase depan dengan segulung ijazah,jadikan cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kite perisaikan nafsu dengan mujahadah...
apabila "angau" bertandang,cepet-cepatlah beristighfar kepada Allah,kite beristighfar bukan kerana rindu itu satu dosa tapi bimbang zina hati akan menjalar...
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina,kedua-dua mata itu zina & zinanya adalah dengan melihat,kedua-dua kaki itu zina & zinanya adalah dengan berjalan (kearah maksiat),mulut itu zina & zinanya adalah dengan bercium dan hati itu juga zina & zinanya adalah hawa nafsu & angan-angan,tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut"...(Riwayat Ahmad)
Gentarlah jiwa ini dengan firman Allah s.w.t "dan janganlah kamu menghampiri zina'...'(Tafsir al-Qurtubi,jil.10 halaman 253)
setelah islam memberikan panduan wajarkah kite menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? SMS bertali arus tanpa keperluan? Call siang malam tanpa urusan? Chatting kosong tanpa isi? Dating bertemankan syaitan? Pandang-pandang tanpa pagaran? Tangan menjalar tanpa pedoman? Khalwat di tempat-tempat sunyi? Berbual-bual tanpa sempadan?
Sekadar renungan bersama,adakah kite ingin membina sebuah perkawinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina?bertakhta nanti syurga dunia idaman yang diimpikan selama ini?adakah kite mahukan keturunan seterusnya mempersoalkan 'kenakalan' kite sewaktu muda?
Renung-renungan & Selamat Beramal......
Monday, 3 October 2011
Syirik Cinta
Posted by anyssyamimi at 09:03
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment